NUR ALESYA NUHAA BINTI MOHD FAIRUS SK ST. ANNE'S CONVENT
Inovasi ini merupakan bahan pembelajaran digital Matematik yang dibangunkan bagi membantu murid Tahun 5 menguasai konsep perimeter secara interaktif, menyeronokkan dan bermakna. Inovasi mengintegrasikan visualisasi interaktif, simulasi pengiraan perimeter, permainan tradisional, kuiz pengukuhan, Tutor AI, muzik instrumen serta rekod prestasi dalam satu platform. Murid dapat meneroka konsep perimeter, melakukan simulasi pengukuran, bermain sambil belajar, menjawab soalan dan menerima bimbingan secara kendiri. Inovasi ini berpotensi meningkatkan pemahaman, motivasi, keyakinan dan kemahiran menyelesaikan masalah Matematik, di samping membantu guru melaksanakan pembelajaran yang kreatif, fleksibel dan berkesan.