Koh Ci Sheng SMJK HUA LIAN
Inovasi Pendingin Hawa Bergerak direka bagi mengatasi masalah cuaca panas di Malaysia, terutamanya bagi ruang kecil dan terbuka. Menggunakan gabungan kotak polisterina, ais, dan kipas DC cekap tenaga, produk mesra alam ini menawarkan alternatif penyejukan semulajadi yang murah dan berkesan. Dilengkapi roda kecil dan pemegang PVC, ia mudah dialihkan serta praktikal digunakan di rumah, khemah, mahupun bengkel. Inovasi ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan mengurangkan jejak karbon.