NV671: ECOGROW POT

PUTRA MUHAMAD AMSYAR AIMAN BIN MOHD EMRAN SMK PERANTAU DAMAI

ICTE26 | Novice Innovator

CR: 0.2500 | 1 Likes | 4 Views | 1 times | LS: 2.3
Like it? | Support them now!

Pengurusan sisa pepejal khususnya sisa kertas dan bahan organik merupakan satu cabaran yang semakin meningkat seiring dengan pertambahan aktiviti domestik dan institusi. EcoGrow Pot merupakan inovasi pasu tanaman biodegradasi yang dibangunkan melalui konsep Waste to Growth dengan memanfaatkan bahan buangan seperti kotak telur terpakai yang digabungkan dengan bokashi dan tepung ubi kayu sebagai bahan pengikat semula jadi. Inovasi ini bertujuan menghasilkan alternatif kepada pasu plastik konvensional di samping meningkatkan nilai guna sisa melalui pendekatan ekonomi kitaran. Proses penghasilan EcoGrow Pot melibatkan pengumpulan dan pengasingan bahan, pembersihan, pengeringan, pengisaran, pencampuran bahan, pembentukan menggunakan acuan, pemampatan dan pengeringan sehingga menghasilkan pasu yang kukuh serta sesuai digunakan untuk aktiviti semaian dan penanaman. Penggunaan bahan berasaskan sumber semula jadi membolehkan pasu terurai secara semula jadi selepas tempoh penggunaannya dan berpotensi mengurangkan kebergantungan terhadap plastik sekali guna. Selain berfungsi sebagai bekas tanaman, EcoGrow Pot turut berpotensi menjadi medium pendidikan yang mengintegrasikan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM) melalui aktiviti reka bentuk, penghasilan prototaip dan pengujian produk. Inovasi ini diharapkan dapat menyumbang kepada pengurangan sisa, meningkatkan kesedaran terhadap amalan kelestarian serta mewujudkan produk inovatif yang mempunyai nilai ekonomi dan potensi untuk dikomersialkan.

Kata kunci: EcoGrow Pot, pasu biodegradasi, sisa kotak telur, bokashi, ekonomi kitaran, kelestarian, Waste to Growth, STEAM