PR71: MODEL ASAS BACAAN ALQURAN AUTISTIK BERASASKAN TEORI SENSORI

YUSLINA MOHAMED UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

ICTE26 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 4 times | LS: 4.0
Like it? | Support them now!

Model asas bacaan alQuran autistik adalah satu model asas pembelajaran sebutan dan bacaan al-Quran yang dibangunkan khusus untuk kanak-kanak dengan ketidakupayaan pembelajaran (Slow learner, disleksia, autisme dan sindrom Down) terutamanya autisme. Model ini dibangun berasaskan anakisis kontra (Contrastive analysis) fonik bunyi huruf mudah kepada huruf susah yang dibahagikan kepada 4 level pembelajaran huruf alQuran. Model ini menggunakan pendekatan dan strategi multisensori, iaitu Lihat-Sentuh-Pegang-Sebut/Padankan(LSPS) sebagai medium asas pembelajaran bagi anak-anak golongan ketidakupayaan pembelajaran terutamanya autistik. Susun atur kandungan model ini mesra fonik dan haraka (baris) dapat memudahkan kanak-kanak golongan ketidakupayaan pembelajaran untuk mempelajari dan memahami asas bacaan al-Quran. Model interaktif ini terdiri dari 3 item utama yang bercirikan mesra pengguna , warna-warni, interaktif, yang memasukkan elemen audio fonik dan elemen gamifikasi yang menarik.