NV707: GRID DAN DAME

MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD ZAKI SK PANTAI PRAI

ICTE26 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

GRID DAN GAME: MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN DARAB

Penguasaan kemahiran darab, khususnya sifir, merupakan satu cabaran dalam kalangan murid pemulihan yang sering mengalami kesukaran memahami konsep darab secara abstrak serta bergantung kepada hafalan fakta asas. Sehubungan itu, inovasi Grid dan Game dibangunkan sebagai pendekatan pembelajaran yang mengintegrasikan representasi visual berasaskan grid dengan pembelajaran berasaskan permainan bagi memperkukuh penguasaan sifir dan kemahiran operasi darab. Inovasi ini menggunakan konsep kumpulan dan ahli yang diterjemahkan secara visual melalui garisan mendatar dan menegak, titik persilangan, pengiraan serta pembentukan ayat matematik.

Pelaksanaan inovasi diperkaya dengan aktiviti permainan digital seperti Maze Chase bagi meningkatkan keterlibatan, motivasi dan keyakinan murid dalam pembelajaran matematik. Keberkesanan inovasi dinilai melalui perbandingan pencapaian murid sebelum dan selepas intervensi. Dapatan analisis menunjukkan kesan intervensi yang sangat besar terhadap pencapaian operasi darab, dengan nilai saiz kesan sebanyak 85.8%. Murid juga menunjukkan peningkatan keupayaan mengaplikasikan kaedah grid dalam menyelesaikan operasi darab serta lebih berani mencuba menjawab soalan tanpa terlalu bergantung kepada hafalan sifir. Evidens hasil kerja menunjukkan murid dapat mengaplikasikan kaedah grid secara sistematik.

Secara keseluruhannya, Grid dan Game merupakan inovasi yang praktikal, interaktif dan berpotensi diperluas sebagai bahan pembelajaran fizikal-digital bagi menyokong pengajaran kemahiran darab secara lebih bermakna, berkesan dan berpusatkan murid.