NV535: QALRIO: GAMIFIKASI INTERAKTIF DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL PASTI HUKUM QALQALAH MURID TAHUN 4 KENANGA

MUHAMMAD RAZIQ RIFQIE BIN HAIRUDDIN SK TAMAN TASIK

Inovasi ini dilaksanakan berdasarkan refleksi PdPc yang mendapati 20 orang murid Tahun 4 Kenanga masih lemah dalam mengenal pasti hukum Qalqalah walaupun mampu menghafaz huruf-hurufnya. Kajian ini memfokuskan peningkatan kemahiran mengenal pasti hukum Qalqalah melalui gamifikasi QALRIO bertemakan Mario. Objektif kajian adalah untuk meningkatkan penguasaan, pencapaian dan penglibatan murid dalam pembelajaran Qalqalah. Berpandukan Model Kajian Tindakan Stringer, data dikumpulkan melalui ujian pra dan pasca, pemerhatian, QALRIO Passport serta soal selidik. Dapatan menunjukkan 15 daripada 20 orang murid berjaya meningkatkan penguasaan dalam mengenal hukum Qalqalah selepas intervensi dilaksanakan. Secara keseluruhan, QALRIO menjadikan pembelajaran tajwid lebih interaktif, menyeronokkan dan berkesan. Kajian masa depan mencadangkan QALRIO dikembangkan sebagai aplikasi gamifikasi komersial yang boleh dipasarkan sebagai bahan bantu mengajar Pendidikan Islam.

Kata kunci: Gamifikasi, interaktif, bermain, tajwid, qalqalah.