NUR ATHIRAH LIYANA BINTI OTHMAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
ABSTRAK
Inovasi 360NEEDS dibangunkan bagi membantu guru mengurus maklumat, memantau perkembangan dan merancang intervensi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dengan lebih sistematik dalam konteks pendidikan inklusif. Platform digital berasaskan laman web ini menggabungkan modul Profil Murid, Semakan Keperluan Sokongan, Rekod Harian, Pelan Intervensi, Adaptasi PdP, Maklum Balas Ibu Bapa dan Printable Kit dalam satu sistem yang bersepadu bagi memudahkan pengurusan data serta meningkatkan keberkesanan sokongan kepada MBPK. Sebagai nilai tambah, 360NEEDS diintegrasikan dengan teknologi Near Field Communication (NFC) yang membolehkan pengguna membuka laman web dengan pantas melalui sentuhan pada kad atau tag NFC tanpa perlu menaip pautan secara manual. Inovasi ini berpotensi meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat, memperkukuh kolaborasi antara guru dan ibu bapa serta menyediakan platform yang praktikal, mudah diakses dan kos efektif.