MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN HAMZAH SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA PALONG 5
Kemahiran membaca suku kata tertutup (KVK) sering terbantut akibat masalah visual crowding dan beban kognitif tinggi semasa memproses teks monokrom. Menjawab cabaran ini, KromaLit mengetengahkan kebaharuan (novelty) menerusi rejim dua kod warna kroma suhu (Warm : Merah dan Cool : Biru) dan penggunaan Cermin Mata Magik. Cermin mata ini menandakan bermulanya "Fasa Baca Fokus Kroma" yang berfungsi mengurangkan visual crowding semasa transisi sebutan daripada suku kata terbuka (KV) ke suku kata tertutup (KVK). Apabila Kad KromaLit diimbas melalui aplikasi Realiti Terimbuh (Kod AR), konsonan akhir (K) dimunculkan secara interaktif 3D untuk gabungan huruf berperingkat.Objektif utama KromaLit adalah untuk meredakan gangguan visual, mempercepat penguasaan sebutan KVK, dan merangsang tumpuan murid. Pembangunannya menggabungkan komponen fizikal (Papan Kroma Slaid, Cermin Mata Magik, Kad KromaLit) dan digital (Kod AR, Kod QR, kuiz, gamifikasi). Inovasi ini telah menerima perlindungan harta intelek oleh MYIPO. Dari segi impak aplikasi, pendekatan kroma visual dan multisensori ini terbukti mengurangkan keletihan visual serta meminimumkan beban kognitif murid. Seterusnya bagi potensi komersial, KromaLit merupakan kit intervensi berkos rendah yang mesra bilik darjah, berpotensi tinggi dipasarkan kepada guru pemulihan, sekolah pendidikan khas, dan ibu bapa sebagai inovasi teknik bacaan yang baharu menggantikan teknik tradisional.