YASHMIETRRA A/P KUMARASEELAN SK ST. ANNE'S CONVENT
Inovasi ini merupakan platform pembelajaran digital interaktif Matematik Tahun 5 yang memfokuskan penguasaan kemahiran tambah dan darab melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan bermakna. Platform ini menggabungkan nota visual beranimasi, simulasi interaktif, permainan tradisional, kuiz pengukuhan, Tutor AI dan rekod prestasi bagi meningkatkan penglibatan murid. Inovasi ini membantu murid memahami konsep dengan lebih mudah, meningkatkan kemahiran berfikir, minat, motivasi, keyakinan serta prestasi dalam Matematik. Guru turut dapat melaksanakan pengajaran yang lebih menarik dan memantau perkembangan murid. Produk ini berpotensi dipasarkan secara digital, digunakan pada pelbagai peranti dan dikembangkan kepada topik Matematik lain.