PN162: NoNetif

NUR AMALIN QISTINA BINTI MOHD KHAIRUL NIZAM SM SAINS PASIR PUTEH

ICTE26 | Pioneer Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 3 times | LS: 3.0
Like it? | Support them now!

Aplikasi Hindari Sifat Negatif dibangunkan untuk membantu pengguna mengenal pasti, memahami dan mengurangkan amalan sifat negatif dalam kehidupan harian. Masalah utama yang mendorong pembangunan aplikasi ini ialah peningkatan gejala seperti sikap marah, iri hati, malas dan kurang disiplin yang boleh menjejaskan kesejahteraan individu serta hubungan sosial. Objektif aplikasi ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang kesan sifat negatif dan menggalakkan pembentukan sahsiah yang lebih positif melalui panduan serta aktiviti interaktif. Impak aplikasi ini termasuk peningkatan kawalan diri, pembentukan akhlak yang baik dan pengukuhan nilai murni dalam kalangan pengguna, sekali gus menyumbang kepada masyarakat yang lebih harmoni.