ST531: FLEXIKIT V2.0

AHMAD FARIHIN BIN AHMAD RADZUAN IPG KAMPUS KOTA BHARU

FlexiKit V2.0 merupakan inovasi digital hasil penambahbaikan daripada FlexiKit versi terdahulu bagi memenuhi keperluan guru dan murid dalam merancang serta melaksanakan pengajaran secara lebih sistematik, kreatif dan berkesan. Inovasi ini menghimpunkan pelbagai bahan pengajaran dalam satu platform digital iaitu  Google Sites yang mudah diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. FlexiKit V2.0 telah diperkasakan dengan penambahan pelbagai template slaid menarik, meliputi semua subjek sekolah menengah, serta dilengkapi dengan pelbagai sumber sokongan pengajaran yang membantu guru menyediakan PdP dengan lebih pantas dan berkualiti. Selain itu, integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti chatbot turut dimanfaatkan bagi menyokong penghasilan idea, bahan pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang lebih inovatif. Secara keseluruhannya, FlexiKit V2.0 berfungsi sebagai pusat sumber digital yang fleksibel, mesra pengguna dan selaras dengan aspirasi pendidikan digital dalam memperkasakan amalan PdP abad ke-21.