ADAM ADHA BIN SIAPUL AMERI@SAIFUL AMERI MAHAAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG KAMPUS KUALA LIPIS
Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai keberkesanan permainan papan ZakPath sebagai inovasi dalam pendidikan zakat. Kajian ini dilaksanakan berikutan tahap kefahaman pelajar yang masih rendah terhadap konsep zakat, kategori asnaf serta peranan zakat dalam kehidupan sosial dan ibadah. ZakPath dibangunkan sebagai alternatif kepada kaedah pengajaran tradisional yang lebih berpusatkan teks dan hafalan. Kajian melibatkan pelajar Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang, Kampus Kuala Lipis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan ZakPath berpotensi meningkatkan kefahaman, motivasi dan minat pelajar terhadap pembelajaran zakat. Inovasi ini turut menyokong pembangunan bahan bantu mengajar yang interaktif, kreatif dan berkesan dalam pendidikan Islam.