PN335: KEROCYCLE PRO

ANGGAT ANAK SANGGAU SMK TAMAN DESA JAYA

KEROCYCLE PRO

 

Abstract

 

KEROCYCLE PRO merupakan inovasi mesin pembersih komponen automotif yang direka bagi meningkatkan kecekapan kerja bengkel serta mengurangkan pembaziran minyak kerosin. Mesin ini menggunakan tangki kitar semula yang dihasilkan daripada tong refrigeran R32 terpakai, sekali gus menyokong amalan kelestarian melalui penggunaan semula bahan buangan. KEROCYCLE PRO dilengkapi dengan motor pam bertekanan 90 PSI, bateri boleh dicas semula 24–48V (cordless drill battery) serta sink tap yang memudahkan proses mencuci komponen automotif yang diselaputi gris, minyak dan kotoran. Berbeza dengan amalan konvensional yang membuang kerosin selepas digunakan, sistem ini menapis kekotoran melalui penapis khas sebelum mengitar semula kerosin untuk digunakan berulang kali. Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan kos operasi bengkel, malah mengurangkan sisa bahan buangan yang mencemarkan alam sekitar. KEROCYCLE PRO menawarkan penyelesaian yang praktikal, mudah alih, mesra pengguna dan mesra alam, sekali gus menyokong budaya inovasi hijau serta meningkatkan kecekapan penyelenggaraan dalam industri automotif dan pendidikan TVET.