SURAIYA HANI BINTI YAHYA PUSAT ANAK PERMATA NEGARA
Abstrak :
Inovasi SENSO BLANKET ini berasaskan pelbagai jenis tekstur bahan yang disusun rapi dengan hiasan bunga berwarna-warni, bertujuan merangsang perkembangan deria sentuhan kanak-kanak di awal usia.
Bahan yang digunakan adalah murah,mudah diperolehi,menarik,selamat dan mesra alam. Antaranya permukaan berbulu lembut, kasar, licin, berkilat serta jaring. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat membezakan ciri-ciri objek secara langsung, melatih kemahiran motor halus, serta memupuk rasa ingin tahu tanpa risiko bahaya.
Hasilnya, pembelajaran menjadi lebih bermakna, menyeronokkan dan selari dengan prinsip pendidikan awal kanak-kanak yang menekankan pembelajaran melalui pengalaman sendiri.