PR128: AMALAN BAIK DALAM PDPC KIMIA

Theresa A/p Stanley Lourdes Benedict SMK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2

ICTE26 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 4 times | LS: 4.0
Like it? | Support them now!

Amalan Baik PdPc Kimia ini dilaksanakan bagi meningkatkan penglibatan, motivasi dan penguasaan konsep Kimia dalam kalangan murid. Pendekatan ini menggabungkan gamifikasi, pembelajaran berasaskan teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan aktiviti kolaboratif yang berpusatkan murid. Pelaksanaan berpandukan Model Pembelajaran 5E, elemen PAK21, Dasar Pendidikan Digital dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Pelbagai inovasi seperti permainan pendidikan, aplikasi mudah alih, kuiz interaktif dan bahan digital digunakan bagi menjadikan konsep Kimia yang abstrak lebih mudah difahami. Hasil pelaksanaan menunjukkan peningkatan penyertaan aktif murid, minat terhadap Kimia serta pencapaian akademik. Amalan ini juga mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, bermakna dan berimpak tinggi.