ST520: PENINGKATAN KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO BAHASA ARAB MELALUI PENDEKATAN AKRONIM KREATIF

NIZAM AFFENDI BIN BAHARIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

ICTE26 | Ace Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Inovasi ini bertujuan meningkatkan kemahiran pengajaran mikro Bahasa Arab dalam kalangan guru pelatih melalui pendekatan akronim kreatif. Guru pelatih sering berdepan beban kognitif yang melampau akibat kesukaran mengingati turutan kemahiran, tertinggal elemen asas kerana gemuruh serta fokus yang terbelah antara amalan pedagogi dan ketepatan bahasa. Bagi mengatasinya, inovasi ini menggabungkan langkah teori bagi dua belas kemahiran mikro ke dalam kata kunci ringkas sebagai senarai semak mental. Pendekatan ini berpotensi mengurangkan beban kognitif dan melancarkan pengajaran. Inovasi ini turut disyorkan untuk didigitalkan melalui aplikasi pintar bagi memudahkan penilaian kendiri.