NV623: ISI PADU

NUR IRDINA SOLEHAH BINTI MOHD AIZULHAR SK ST. ANNE'S CONVENT

Inovasi ini merupakan platform pembelajaran digital interaktif Matematik Tahun 5 yang memfokuskan penguasaan konsep isi padu secara mudah, menyeronokkan dan bermakna. Platform ini menggabungkan nota visual beranimasi, simulasi interaktif, permainan, kuiz pengukuhan, Tutor AI, rekod prestasi dan analisis bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang pelbagai. Inovasi ini membantu murid memahami konsep isi padu dengan lebih jelas, meningkatkan minat, motivasi, penglibatan dan keyakinan dalam pembelajaran Matematik, di samping menyokong guru melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan. Produk ini berpotensi dikomersialkan dan dikembangkan untuk subjek lain serta menyokong SDG 4, SDG 9 dan SDG 17.