MUHAMMAD SOLAH AL-FATTAH BIN MOHAMAD SHAFIEI SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM AL-FAIZIN & SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR GAJAH
Kanak-kanak prasekolah dan Tahun 1 sering sukar menghafal dan mengamalkan doa harian akibat kaedah pembelajaran tradisional yang kurang menarik. Ulwan Kit diperkenalkan sebagai inovasi pendidikan yang menggabungkan pembelajaran fizikal dan digital, merangkumi buku pop-up, aktiviti interaktif dan kod QR untuk akses video bacaan doa yang betul. Pendekatan visual, audio dan kinestetik ini menjadikan proses menghafal lebih menyeronokkan dan berkesan sekali gus memupuk pembelajaran bersama murid, ibu bapa dan guru. Lebih daripada alat bantu mengajar, Ulwan Kit membentuk akhlak dan adab sejak usia dini, dengan potensi diperluas melalui aplikasi mudah alih ke seluruh tadika dan sekolah rendah di Malaysia.