NV684: SKePa NutriHero

NUR DHIYA QHAISARA BINTI NORSHAHRIZAT SK PAUH

ICTE26 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Masalah obesiti dan amalan pemakanan kurang sihat dalam kalangan murid sekolah rendah semakin membimbangkan serta boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Bagi menangani masalah ini, SKePa NutriHero – Power Up Your Healthy Life! dibangunkan sebagai projek inovasi pendidikan berasaskan STEM yang mengintegrasikan Artificial Intelligence (AI), gamifikasi, pembelajaran digital dan Environment Based Learning (EBL) bagi meningkatkan literasi pemakanan serta kesedaran tentang gaya hidup sihat. Projek ini menggunakan pendekatan Plan, Do, Check, Act (PDCA) yang melibatkan perancangan, pembangunan, pelaksanaan, pengujian, pengumpulan maklum balas dan penambahbaikan secara berterusan. Google Sites digunakan sebagai medium utama untuk menyediakan nota, video, kuiz dan permainan pendidikan interaktif. Projek ini turut dilengkapi AI NutriBot sebagai pembimbing kesihatan digital dan kalkulator BMI. Bagi mengukuhkan pembelajaran secara offline, NutriPyramid dibangunkan sebagai model fizikal berasaskan Piramid Makanan Malaysia 2020 yang mengandungi lapan permainan hands-on serta aktiviti Pinggan Sihat Malaysia. Penilaian melalui soal selidik melibatkan murid, guru dan waris menunjukkan hampir 95% responden bersetuju bahawa projek membantu meningkatkan pemahaman tentang pemakanan dan gaya hidup sihat. Penggunaan AI, gamifikasi dan aktiviti hands-on turut meningkatkan minat, motivasi dan penglibatan murid. Projek kini telah dibangunkan dan dilaksanakan serta akan ditambah baik melalui Healthy School Challenge, sistem lencana dan ranking, ciri AI tambahan, permainan offline dan online serta versi dwibahasa. Projek ini berpotensi menyokong SDG 3, SDG 4 dan SDG 12.