NUR NATASYA UMAIRAH BINTI MOHD HAZIRAL SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INTAN
Masalah tidak menguasai kemahiran konsep operasi asas Matematik iaitu tambah,tolak darab dan bahagi di kalangan murid sering menjejaskan peratus lulus dalam subjek Matematik di sekolah rendah. Selain itu, minat dan motivasi murid juga kurang memberangsangkan dalam subjek Matematik dan sering menunjukkan tingkah laku introvert semasa sesi pengajaran dan pemudahcara (PdPC). TAMLAK adalah satu pendekatan baru dalam menguasai kemahiran asas Matematik iaitu Operasi Tambah & Tolak yang berkonsepkan kaedah. Setiap insan mempunyai minda yang berfungsi untuk memikirkan sesuatu yang baru bagi membantu mereka yang memerlukan. Menyedari hakikat ini kaedah TAMLAK direka bagi membolehkan murid mengira dengan mudah, cepat, dan tepat tanpa mengumpul semula. Kaedah ini menggunakan konsep garis melintang dan menegak dalam menyelesaikan operasi tambah dan tolak. Melalui kaedah ini juga dapat menggalakkan murid menggunakan mindanya sepanjang masa. Secara tidak langsung minda murid akan bertambah aktif, kreatif, dan kritis. Kaedah ini juga memberi peluang kepada murid yang sangat lemah untuk menjawab soalan asas Matematik iaitu operasi tambah dan tolak dengan lebih mudah. Kaedah ini juga sesuai dijadikan sebagai panduan bagi semua murid yang mengalami kelemahan asas Matematik terutamanya murid Pra Sekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6, Linus, Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas. Dapatan inovasi ini telah membuktikan bahawa TAMLAK sangat membantu murid-murid menyelesaikan soalan – soalan operasi tambah dan tolak malah meningkatkan semangat belajar mereka. Secara kesimpulannya, kaedah yang sesuai dan seronok dapat membantu para guru untuk menarik minat murid serta mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih efektif.
TAMLAK, Tambah, Tolak , Kaedah, Didik Hibur