FADHIL LATIFFI BIN SHAHRUDDIN INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)
Dalam kerja pemasangan pendawaian elektrik, selain membuat sambungan keatas pendawaian, ia wajib diuji bagi memastikan keselamatan dan kefungsian pendawaian. Electrical Wiring Continuity and Polarity Tester (EWCP) merupakan inovasi bersepadu yang direka untuk melaksanakan ujian keterusan dan kekutuban dengan lebih cekap dan proses ujian yang lebih cepat dan tepat.
Selaras dengan keperluan mandatori di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, ujian keterusan dan kekutuban perlu dilaksanakan sebelum penyambungan bekalan. Namun, kaedah konvensional memerlukan penguji bergerak antara papan agihan dan titik akhir litar, yang melambatkan proses dan membuka ruang kepada kesilapan.
EWCP membolehkan kedua-dua ujian asas ini dilakukan dari satu lokasi dengan cepat dan tepat. Dilengkapi penunjuk secara visual yang membolehkan penguji mengenalpasti keterusan serta kekutuban pendawaian berada dalam kedadaan baik atau terdapat sebarang kerosakan. Ia juga mempercepat proses verifikasi dan mengurangkan risiko kesilapan manusia dalam menafsir bacaan ujian.
Inovasi ini bukan sahaja menyokong pematuhan piawaian keselamatan, tetapi juga meningkatkan produktiviti kerja lapangan dalam industri pendawaian elektrik secara signifikan.