NV433: Beghambi: Sistem Amaran Haiwan Liar Berasaskan Kecerdasan Buatan (AI)

Muhammad Khairul Azam Bin Mohd Kamel SK MELA

ICTE26 | Novice Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

BEGHAMBI: SISTEM AMARAN HAIWAN LIAR BERASASKAN KECERDASAN BUATAN (AI)

Muhammad Khairul Azam bin Mohd Kamel

Ahmad 'Ameel Syahidin bin Abdul Khalid  & Muhammad Ukail Muayyad bin Mujahid

Sekolah Kebangsaan Mela.

 

ABSTRAK

Projek Beghambi: Sistem Amaran Haiwan Liar Berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) dibangunkan bagi menangani isu keselamatan jalan raya yang berpunca daripada perlanggaran antara kenderaan dengan haiwan ternakan atau haiwan liar (Animal-Vehicle Collision, AVC), khususnya di kawasan luar bandar. Projek ini mengintegrasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) melalui kamera Husky Lens yang menggunakan model pembelajaran untuk mengenal pasti Identity (ID) haiwan seperti lembu dan kerbau. Bagi menyokong fungsi sistem, mikropengawal Arduino Uno bertindak sebagai unit kawalan utama, manakala sensor ultrasonik digunakan untuk mengukur jarak haiwan. Selain itu, paparan LCD, lampu LED dan pembaz diintegrasikan bagi menyampaikan amaran secara visual dan audio berdasarkan tahap risiko yang dikenal pasti. Hasil pengujian dalam persekitaran terkawal menunjukkan bahawa sistem berjaya mengenal pasti haiwan berdasarkan sistem pengecaman ID Husky Lens serta mengaktifkan amaran mengikut data daripada sensor ultrasonik. Sistem ini turut berjaya mengelaskan tahap risiko kepada tiga kategori iaitu selamat, berhati-hati, dan bahaya. Oleh itu, ia membolehkan penyampaian amaran yang lebih sistematik kepada pengguna jalan raya. Dari aspek nilai tambah dan kebolehgunaan pula, projek ini menawarkan satu penyelesaian yang berpotensi diaplikasikan di kawasan luar bandar, laluan berisiko tinggi serta kawasan penternakan bagi mengurangkan AVC. Selain itu, projek ini dalam proses untuk ditambah baik dan dikomersialkan melalui pengintegrasian teknologi Internet of Things (IoT) serta sistem komunikasi tanpa wayar bagi membolehkan pemantauan dan penyampaian amaran secara masa nyata dalam bentuk aplikasi. Selain itu, kolaborasi bersama pihak berkepentingan seperti Perhilitan juga sedang diusahakan. Projek inovasi ini juga sejajar dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur, yang menekankan pembangunan teknologi inovatif bagi meningkatkan keselamatan dan kecekapan infrastruktur.

 

Kata kunci: Kecerdasan Buatan (AI), Sistem Amaran Keselamatan Jalan Raya, Husky Lens, Sistem Sensor dan Mikropengawal, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)