ST483: ChillnSide

SHAHIRA UMAIRAH BINTI IRWAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

ABSTRAK

Tekanan akademik dan cabaran emosi merupakan isu kritikal yang sering dihadapi oleh para mahasiswa di peringkat pengajian tinggi. Bagi menangani masalah ini, ChillnSide diperkenalkan sebagai sebuah inovasi kit interaktif pelbagai deria (multi-sensory relaxation box) yang direka khas untuk membantu mahasiswa menenangkan fikiran, mengurus stres, dan mencapai kesejahteraan emosi. ChillnSide mengaplikasikan pendekatan holistik yang menggabungkan elemen psikologi, fungsi deria, dan integrasi teknologi ke dalam satu kotak berstruktur. Produk ini dibahagikan kepada beberapa bahagian khusus mengikut keperluan pengurusan emosi pengguna:

 * Pelepasan Fizikal & Emosi: Mengandungi stress ball untuk meredakan ketegangan fizikal dan diari khas untuk meluahkan perasaan secara bertulis.

 * Terapi Deria & Pemakanan: Dilengkapi air purifier aromaterapi bagi merangsang deria bau dengan aroma menenangkan, serta selingan makanan pelega stres seperti coklat untuk membantu menstabilkan mood.

 * Sokongan Motivasi Digital: Menyediakan Jar of Quotes serta pautan pautan kod QR Padlet yang memberikan akses pantas kepada kata-kata motivasi dan nasihat interaktif pada bila-bila masa.

 * Zon Penstabilan Fikiran (Grounding Zone): Menggabungkan tekstur rumput palsu untuk stimulasi sentuhan, kerusi santai, headphone, dan iPad/laptop yang memaparkan visual pemandangan indah berserta pautan kod QR bunyi alam (nature sounds) bagi membantu proses healing dan relaksasi kendiri.

Secara keseluruhannya, ChillnSide berpotensi tinggi menjadi alat sokongan kesihatan mental yang praktikal dan berkesan di fasiliti kampus, kolej kediaman, mahupun ruang peribadi mahasiswa. Inovasi ini bukan sahaja membantu mengurangkan kadar tekanan harian, malah mempromosikan gaya hidup akademik yang lebih seimbang dan sejahtera.

Kata Kunci: ChillnSide, Kesihatan Mental Mahasiswa, Pengurusan Stres, Kit Relaksasi Pelbagai Deria, Inovasi Modul Healing.