NUR AISYAH MEDINA BINTI MOHD AZMIZAN SK ST. ANNE'S CONVENT
Inovasi ini merupakan platform pembelajaran digital interaktif Matematik Tahun 5 yang memfokuskan penguasaan konsep kadar melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan bermakna. Platform ini menggabungkan nota visual beranimasi, simulasi interaktif, permainan tradisional, kuiz pengukuhan, Tutor AI, muzik instrumental serta rekod prestasi. Inovasi ini membantu murid memahami hubungan antara dua kuantiti, meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah harian, minat, motivasi dan keyakinan dalam Matematik. Pada masa yang sama, guru dapat membimbing murid dengan lebih berkesan melalui pembelajaran kendiri dan interaktif. Produk ini berpotensi dikomersialkan sebagai aplikasi pendidikan digital dan menyokong SDG 4, SDG 9, SDG 10, SDG 12 dan SDG 17.