NV621: BAHAGI WANG

MAI ADWA INSYIRAH BINTI MEOR SYAHRIN EDZUAN SK ST. ANNE'S CONVENT

Inovasi ini merupakan bahan pembelajaran digital interaktif Matematik Tahun 5 yang memfokuskan konsep bahagi wang secara mudah, menyeronokkan dan bermakna. Produk ini menggabungkan nota visual beranimasi, simulasi interaktif, permainan, kuiz, tutor AI, muzik instrumen serta rekod prestasi bagi meningkatkan penguasaan murid. Penggunaannya membantu murid memahami konsep bahagi wang, meningkatkan minat, keyakinan dan motivasi belajar Matematik serta menyokong guru melaksanakan pembelajaran yang lebih interaktif. Inovasi ini turut berpotensi dikomersialkan melalui platform digital dan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) berkaitan pendidikan berkualiti, inovasi dan perkongsian untuk mencapai matlamat.