PR534: MODUL ASAS MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN PEMBELAJARAN KENDIRI | EDISI 2.0

LEE BEE BEE PPD BATU PAHAT

ICTE26 | Professional

CR: 0.2000 | 1 Likes | 5 Views | 1 times | LS: 2.2
Like it? | Support them now!

Modul Asas Matematik dan Matematik Tambahan Pembelajaran Kendiri Edisi 2.0 dibangunkan sebagai bahan pembelajaran kendiri yang sistematik bagi menyokong penguasaan konsep asas Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat sekolah menengah. Modul ini mengintegrasikan topik-topik prasyarat secara tersusun bagi membantu murid mengukuhkan kefahaman konseptual, meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah serta membina keyakinan dalam pembelajaran. Pembangunan modul ini didorong oleh keperluan menangani kelemahan penguasaan asas yang dikenal pasti melalui analisis pencapaian murid. Dapatan pelaksanaan menunjukkan impak positif terhadap amalan pengajaran guru serta peningkatan pencapaian Matematik dan Matematik Tambahan dalam peperiksaan SPM. Selain itu, modul ini telah diperluaskan penggunaannya ke beberapa daerah di Johor dan dimanfaatkan sebagai amalan terbaik dalam meningkatkan kualiti pembelajaran matematik.