PN729: Voyage En Français A1

Aaria Natasha Binti Abdullah SMK PINAWANTAI

Inovasi "Voyage en Français" merupakan permainan pembelajaran berasaskan laman web HTML yang dibangunkan untuk membantu murid menguasai kosa kata Bahasa Perancis secara interaktif. Isu utama yang dihadapi ialah kesukaran murid mengingati kosa kata akibat kaedah hafalan dan penggunaan buku teks konvensional yang membosankan. Inovasi ini mengintegrasikan kuiz interaktif, teka gambar, dan soalan isi tempat kosong yang boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan menggunakan peranti digital. Hasilnya, inovasi berkos rendah ini berjaya meningkatkan minat, fokus, dan pengusaan kosa kata murid, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran Bahasa Perancis yang aktif, menarik, dan berkesan.

Kata Kunci: Voyage en Français, Bahasa Perancis, Gamifikasi, Pembelajaran Digital, Kosa Kata.