Nur Khadeeja Imani Bt Mohd Khairul Nizam Sekolah Kebangsaan Jawi
Penyakit batu karang buah pinggang (urolithiasis) merupakan masalah kesihatan global yang serius, namun latihan pengimejan ultrasound untuk penkesanannya terbatas akibat kos model fantom komersial yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan institusi latihan, terutamanya di negara membangun. Kajian ini membangunkan fantom buah pinggang bercetak 3D berkos rendah menggunakan reka bentuk hibrid berasaskan gel akustik dan batu karang tiruan daripada kalsium karbonat bagi menyediakan platform latihan ultrasound yang praktikal, realistik, dan boleh diulang penggunaannya. Inovasi ini selaras dengan SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), dan SDG 10 (Pengurangan Ketidaksamaan), sekaligus berpotensi memperluaskan akses latihan klinikal berkualiti secara inklusif dan mampan kepada lebih ramai pelatih perubatan di seluruh rantau ini.