AIDA MARDHIAH BINTI SHAIFUL BAHARI KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU
e-RPS merupakan platform digital yang dibangunkan bagi memudahkan bakal guru Pendidikan Awal Kanak-kanak menyediakan Rancangan Pengajaran Slot (RPS) secara lebih mudah, cepat dan sistematik. Pembangunan e-RPS dilaksanakan bagi menangani isu penyediaan RPS secara manual yang mengambil masa, tidak seragam serta menyebabkan kekeliruan dalam pemilihan Standard Pembelajaran dan perancangan aktiviti. Platform ini menyediakan panduan langkah demi langkah, format standard, penyimpanan digital dan penjanaan PDF secara automatik. e-RPS berpotensi meningkatkan kecekapan, keyakinan dan kualiti penyediaan RPS serta menyokong pendigitalan pendidikan yang lebih lestari.