PR321: FORMAT'nGo : Pemformatan Manuskrip Akademik Berasaskan AI

TS DR SABRI BIN AHMAD HISHAM Pusat Pembangunan Dan Teknologi Maklumat

ICTE26 | Professional

CR: nan | 0 Likes | 0 Views | 6 times | LS: 6.0
Like it? | Support them now!

Penerbitan manuskrip akademik dalam jurnal berimpak tinggi memerlukan pematuhan yang ketat terhadap format dan templat yang ditetapkan oleh setiap penerbit jurnal, seperti IEEE, MDPI, Elsevier dan Springer. Proses memformat semula manuskrip agar memenuhi keperluan penerbitan, termasuk tajuk, margin, gaya rujukan, susun atur jadual serta rajah, lazimnya dilaksanakan secara manual. Keadaan ini memerlukan masa yang panjang, ketelitian yang tinggi serta berpotensi meningkatkan risiko berlakunya kesilapan pemformatan. FORMAT'nGo ialah platform Software as a Service (SaaS) berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan bagi membantu penyelidik, pelajar pascasiswazah dan institusi pengajian tinggi memformat manuskrip kepada format sedia hantar (journal-ready) mengikut templat rasmi jurnal sasaran dengan lebih pantas, tepat dan konsisten, tanpa memerlukan kepakaran dalam penggunaan LaTeX. Sistem ini dibangunkan berasaskan seni bina Dual-Pipeline LaTeX yang mampu menghasilkan ketepatan pemformatan antara 95 hingga 100 peratus. Pendekatan ini memberikan prestasi yang lebih tinggi berbanding kaedah penukaran DOCX kepada DOCX secara konvensional, yang lazimnya mempunyai kekangan dalam menghasilkan susun atur yang tepat bagi manuskrip jurnal yang kompleks.