MUHAMAD AMMAR DANISH BIN BAHRIN Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
FRACDIV HERO: Mastering Fraction Division with Confidence merupakan inovasi pendidikan digital yang dibangunkan bagi mengatasi masalah murid sekolah rendah yang cenderung menghafal algoritma “songsang dan darab” tanpa memahami konsep bahagi pecahan wajar. Inovasi ini menggabungkan visual interaktif, manipulasi pecahan, kuiz, panduan langkah demi langkah, refleksi kendiri dan statistik prestasi dalam satu platform pembelajaran yang berpusatkan murid. Berasaskan model ADDIE dan pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri, FRACDIV HERO membolehkan murid meneroka, memvisualisasikan dan membina kefahaman konsep secara bermakna. Penggunaan inovasi ini berpotensi meningkatkan kefahaman konseptual, motivasi, keyakinan dan kemahiran berfikir aras tinggi, di samping menyokong pemantauan perkembangan murid secara sistematik.