PUTRI LUTHFIAH SYAUQINA BINTI MOHD SYAFIQ SK ST. ANNE'S CONVENT
Inovasi ini merupakan laman interaktif pembelajaran Matematik Tahun 5 yang memfokuskan kemahiran operasi tolak perpuluhan melalui pendekatan gamifikasi dan Tutor AI. Platform ini menggabungkan nota visual beranimasi, simulasi langkah demi langkah, permainan tradisional berunsurkan Matematik, kuiz pengukuhan, Tutor AI dan rekod prestasi dengan sistem XP. Inovasi ini membantu murid memahami konsep tolak perpuluhan dengan lebih mudah, mengurangkan kesilapan pengiraan, meningkatkan motivasi, keyakinan dan prestasi serta menggalakkan pembelajaran kendiri mengikut kadar masing-masing. Pada masa yang sama, guru dapat membimbing murid dengan lebih berkesan. Produk ini berpotensi digunakan secara meluas dan dikomersialkan sebagai bahan pembelajaran digital.