NUR AZMEERA ALEESHAH BINTI AZMAN SHAH SK ST. ANNE'S CONVENT
Inovasi ini merupakan bahan pembelajaran digital interaktif Matematik Tahun 5 yang memfokuskan kemahiran darab wang melalui pendekatan belajar sambil bermain. Produk ini menggabungkan nota visual, simulasi kedai, permainan congkak, kuiz interaktif, tutor AI dan rekod prestasi bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, mudah difahami dan bermakna. Inovasi ini membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran darab wang, motivasi dan keyakinan, di samping memudahkan guru melaksanakan pembelajaran interaktif. Produk ini juga mudah digunakan, berpotensi dikembangkan dan mempunyai nilai komersial serta menyokong SDG 4, SDG 9 dan SDG 12.